Saturday, 24 December 2011

Dr.Normaliza Abdul Rahim



Selama 14 minggu mengikuti kelas Sastera dalam Multimedia yang diajar oleh Dr. Normaliza Abd Rahim a.k.a Dr. Notts http//aammwa.blogspot.com dan hari ini  ( 22/12/2011 ) merupakan kelas yang terakhir ... Rasa macam kelas baru bermula pada minggu pertama. Pejam celik pejam celik kelas dah habis. 

Pada minggu pertama kelas bermula aku tertanya-tanya siapalah pensyarah yang akan ajar  subjek nie. Hanya kenal nama sahaja. Entah baik ke garang ... jeng jeng jeng ... Tepat pada waktunya masuklah pensyarah tersebut. Mula-mula Dr. Normaliza mengajar biasa jerr. Aku cam tak ada perasaan pon ( jujurnye  aku ) ... hee88 ...  Aku tengok Dr. Normaliza cam garang tapi yang biasa-biasa jer. Pada minggu pertama ni aku ada rasa sikit kebosanan. Yela sebab hari pertama kelas kan.  Tapi walaupun bosan, aku tetap fokus kepada apa yang Dr. Normaliza akan berikan. 

Bagi minggu-minggu yang seterusnya, tugasan sudah mula diberikan. Masa nie baru aku rasa ada sedikit bebanan tapi taklah berat sangat. Tugasan yang diberikan adalah tugasan untuk individu dan juga tugasan dalam berkumpulan. Tugasan kumpulan pertama yang diberikan ialah perlu membuat miming mengikut lagu yang dipilih dan perlu dimasukkan ke dalam YOUTUBE. Setelah aku dengar aku berfikir seketika. Aku mula rasa tugasan yang diberikan adalah sukar untuk dilakukan kerana aku tak penah buat begitu dan jauh sekali muka aku nie masuk kat YOUTUBE. Masa nie la aku fikir  ‘malunya muka aku bila dimasukkan dalam YOUTUBE. Aku berfikir lagi, ‘memang aku berada dalam kelas sastera dalam multimedia atau berada di atas pentas untuk membuat persembahan ‘( konon-kononnya aku nie artis laa pulak ).  

Bermulalah kerja dalam kumpulan. Nama kumpulan yang ditubuhkan ialah MENUJU PUNCAK. Kali pertama aku buat video miming dengan lagu yang dipilih iaitu ‘Manisnya Senyumanmu’. Buat video pertama pun da mula kalut dan tak tentu arah. Maklum la tak ada pengalaman untuk membuat miming. Kali pertama aku buat miming memang kelakar. Jujur aku katakan, sepanjang membuat video nie ada yang tidak mempunyai sefahaman dan ada yang memberi kerjasama. Yang penting perasaan tidak puas hati juga menyelubungi diri aku. Tipu la kalau katakan kerja dalam kumpulan tidak mempunyai masalah. Tapi apa-apa pun aku enjoy  sangat-sangat dan banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang mengikuti kelas Dr. Normaliza iaitu daripada perkara yang aku tidak tahu kepada yang tahu. Kira banyak ilmu yang aku dapat sepanjang pembelajaran tentang multimedia. Aku rasa berbaloi dan alhamdulillah tak rugi aku belajar dalam multimedia. Buat punye buat, rupa-rupanya sebanyak 6 video klip yang telah dihasilkan bersama ahli kumpulan yang berakhir dengan  video klip dokumentari.

Rasa sedih apabila minggu ke-14 datang dan memisahkan antara aku dengan Dr.Normaliza dan antara aku dengan pembelajaran dalam multimedia. Tapi yang paling penting, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Normaliza atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang berlangsungnya kelas selama 14 minggu. Segala tunjuk ajar beliau akan aku gunakan sebaik mungkin dan tidak akan dipersia-siakan. Aku rasa amat beruntung sangat-sangat kerana memperoleh pensyarah yang amat tegas tetapi sporting. Pantun ini ditujukan khas untuk Dr.Normaliza ...

                                         Masak lemak kacang panjang
                                         Anak cina makan celagi
                                         Kalau ada umur yang panjang
                                         Boleh kita ketemu lagi






                                                                                        

No comments:

Post a Comment