Saturday 12 November 2011

Hari pertama FINISHING SCHOOL ( 2 IN 1 )

Orang berpengaruh dalam kelas ( Ita )

Cakap jangan tak cakap

Geng suka bergambar

Khusyuk mendengar pembentangan

Mida sedang membentangkan kertas kerja

Inilah dia ( Ila Faa punya kek harijadi )

Jin Yeow punya kek harijadi

Yang last nie Yong punya kek

Time nie nak nyanyikan lagu harijadi

Posing dulu sebelum potong kek

Saat yang ditunggu-tunggu ( potong kek )

Dapat rasa juga kek nie ( sodap kek nie )

Senyum lebar Ila dapat kek

Belah kiri ( Jin Yeow ) yang dapat kek harijadi

Mida dah surrender makan kek, Nini n Nozi masih khusyuk


Saat yang paling manis dan akan dijadikan kenangan yang terindah...


Tenaga pengajar untuk aku punya kumpulan iaitu Dr.Sabrina... Memang sporting la Dr. Sabrina... I like...


Ada apa dengan 2 in 1... Apa yang aku ingin maksudkan ialah aktiviti dalam finishing school telah disertakan dengan aktiviti yang tidak dirancang dan tidak disangka-sangka... Jeng jeng jeng... Satu kejutan yang telah diberikan oleh Dr.Sabrina...


Rupa-rupanya Dr.Sabrina telah membeli 3 biji kek hari jadi untuk diberikan kepada 3 orang pelajar dalam kelas itu termasuklah kawan seperjuangan yang sama kos ngan aku iaitu Ila Faa ( Faziela Abu Bakar )... Waaa sukenye dia orang nie dapat kek... Aku pun nak juga... Tapi hari jadi dah lepas dah... Tunggu next year... Hehehe...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Sabrina yang telah memberikan kek harijadi kepada yang bertuah....
















Thursday 10 November 2011

Tak logik akal langsung

Pagi tadi aku basuh kain.... Tengah aku kusyuk basuh kain ada seorang budak cina tanya aku.......


Budak cina  :    Kakak ada pisau kupas kulit buah tak??
Aku             :   Tak ada pisau la ( dengan senyuman yang manis ).
Budak cina   :   Pisau pun tak ada???
Aku             :   Tak ada.


Aku memang tak ada pisau pun kat dalam tandas apa lagi kat dalam bilik... Ada ke patut dalam tandas pun nak tanya pasal pisau... Ingat aku nie tauke pisau ke dan ingat aku basuh kain guna pisau???... Dah la tanya kat dalam tandas...


Lepas tu, aku jemur la kain yang dah dibasuh dan disoftlankan tu... Terkezut aku tengok... Budak cina tu ada kat luar tandas sambil 'mengupas' buah epalnya dengan menggunakan giginya... Aku dah nak gelak tapi nasib baik boleh kontrol... Dengan gigi pun jadilaaa... Kesian...

Jumaat yang membosankan

Huhhh.... Boringggggg yang teramat sangat ....




Padahal assignment berlambak yang nak disiapkan dan nak dihantar ,,,,,




Tapi boleh goyang kaki lagi.... Lam pikiran nak hang out tapi tak ada siapa pun nak hang out.... So, terkinja-kinja la aku sorang diri kat bilik nie....

Hasil kerjaku menjadi paparazi ( yang tidak diiktiraf )

Ceritanya begini...

Pensyarah untuk kelas BBK 3408 iaitu Dr.Normaliza a.k.a Dr.Notts memberi tugasan iaitu menjadi paparazi dalam satu Seminar Linguistik yang diadakan selama 2 hari ( 9 & 10/11 ) di Auditorium Kejuruteraan ( Fakulti Kejuruteraan )..

Sebagai seorang paparazi, gambar yang perlu diambil iaitu ahli dalam setiap kumpulan perlu ada bersama dengan Dr,Normaliza tetapi dalam gambar tersebut Dr.Normaliza tidak melihat ke arah lensa kamera sebab kalau Dr Normaliza melihat ke arah lensa kamera, gambar tersebut dikira tidak sah..Susah juga la nak tangkap gambar yang diingini,,,

Inilah hasil yang diperolehi oleh aku menjadi seorang paparazi...
 

Walaupun nampak garang, Dr.Normaliza sporting n cool..

Posing cam nie pon jadila....

 Tak tengok atau pura-pura tak tengok kamera

Masing-masing buat hal sendiri

Dr.Normaliza menjadi pengerusi untuk 3 orang pembentangan

Berebut-rebut nak ambil gambar Dr.Normaliza

Tuesday 8 November 2011

9 mimik muka yang berbeza

Posted by Picasa

Raya Haji bersama insan yang tersayang ( 6 dan 7 /11/2011 )

Kakak dan anaknya ( Daryn Haira )

Kakak dan adik yang ke-4 ( Akmal )


Ma ( Zainun Che Deraman )

Adik ( Akmal Hidayah )

Aku dan ma

Aiman ( adik yang bongsu )

Bersama abah ( Che Rosli )

Ma dan abah yang disayangi

Sepupu yang selalu bergaduh ( Ain dan Arif )

Walaupun selalu bergaduh, tapi kami serasi bersama
Inilah wajah-wajah insan yang tersayang,,,,Love you always,,,,

Raye Korban datang lagi ( 3/11/2011 )

Lembu sedang ditumbangkan
Semua gagahkan diri untuk pegang lembu tu

Saat yang dtunggu-tunggu telah tiba

Sunday 6 November 2011

Sakit ati, sedih....

P'kara nie da b'laku pada ( 3/11/11 )...baru ada masa nak cite...


Aku beli tiket balik kampung cuti ryer haji ngn seseorang yang aku da biase beli...Sbb tiket kat tmpat lain semua dah habis...maklum la raye, semua nk balik kan..Sepanjang aku beli tiket xpenah plk b'laku hal yang tak diingini...

Bila smpai masa nk naik bas,,,aku punyela excited...Nak blk kg katakan....P'jual tiket msg,,,ckp bas dtg lmbt sikit,,,hemmm,,,yg nie aku blh trime lgi,,,walaupun aku tak suka tggu lama2...Tapiiii bila aku baca ag msg yg dekat bwh tu.....Pehhhhh.....Aku rasa nk baling kasut jer kat dinding...Blh plk p'jual tiket tu ckp bas hanya sebuah saja tuk yg pulang pd mlm jmaat n next msg tu yg aku tak leh trime,,,laluan yg spatutnyer tuk aku turun ke destinasi aku tuju tlh ditukar ke destinasi lain...Last minute lak tu dpt msg nie...

Hal ini blh dikatakn cakap tak serupa bikin...

Aku ape lagi call la si p'jual tiket tu...Bkn nk cari gaduh tapi nk gtau rasa tak puas hati tntang hal nie...Ckp punya ckp sampai aku dah naik marah n aku sedikit t'tengking p'jual tiket tu...Tapi hal nie tak b'pihak pada aku...Aku akur...Sepatutnya, sbg p'jual perlu jaga customer n kena tetapkan benda yg dah ditetapkan...Aku pun da hilang kepercayaan utk bli tiket ngn si p'jual tiket yg aku dah biasa beli nie...Mulai mlm tu jugak aku dah b'janji yg aku tak akan beli tiket lagi ngn p'jual tiket tu..dah serik dah...Tak nak pisang b'buah dua kali...Dan hal nie blh menyusahkan orang lain juga...

Apa perasaan p'jual tiket tu kalau dia berada dlm situasi yg sama macam aku???Mesti dia pun akan b'tindak gak kan...Takkan nak diamkan diri saja...

Aku bukan nak burukkan seseorang tu tapi nak luahkan perasaan yang tak puas hati n sedih yang aku alami...Aku harap hal sebegini tidak akan b'laku pada kemudian hari n tidak berlaku d tmpat p'jualan tiket...

Alhamdulillah, apa-apa pun aku selamat sampai umah walaupun aku tak dapat turun di destinasi yg aku sepatutnya turun....