Ape ye perkara yang aku tak boleh lupa...Aku sendiri pun da lupa...
Maklum la perkara yang dah berlaku dan berlalu kadang-kadang dilupakan...
Tapi ada sesetengah masih melekat dalam memori.
Di bawah nie ada beberapa perkara yang tak dapat dilupakan...
1) Semasa darjah 6, cikgu aku ada bawa pelajarnya berkelah di air terjun. Aku dan kawan-kawan mandi dan cikgu panggil untuk makan.Ketika aku nak naik ke atas, kaki aku tergelincir pada batu dan aku hampir-hampir lemas sehingga air masuk ke dalam hidung. Nasib baik aku selamat.
2) Perkara nie berlaku masa aku membuat lesen memandu ( kereta ) dan perkara ini juga berlaku ketika cikgu menyuruh aku membiasakan pemanduan di atas jalan raya. Semasa ingin keluar pada selekoh, aku dah lihat kiri kanan dan ketika ingin naik atas jalan raya tetiba ada kereta yang teramat laju datang dari arah kanan dan hampir melanggar kereta yang aku pandu. Tapi nasib baik aku sempat undur ke belakang sehingga cikgu berkata kalau tidak kita dah meninggal dunia. Perkara nie masih kuat dalam ingatanku.
3) Kali pertama aku berpisah dengan family terutamanya ma dan abah aku ketika mendaftar masuk belajar ke UPM.. Aku menangis teresak-esak ketika family meninggalkan aku keseorangan ( sebelum jumpa kawan baru ).
Nie jer yang aku ingin kongsi perkara yang tak dapat aku lupakan... Walaupun nampak biasa tapi bagi aku perkara nie memang menakutkan dan menyedihkan.
No comments:
Post a Comment