Monday, 19 September 2011

Blog yang tidak seberapa

Sebelum ini, aku tidak tahu tentang BLOG. Yang aku tahu hanya FACEBOOK aje.Tiba-tiba pensyarah untuk BBK 3408 menyuruh pelajarnya membuat BLOG masing-masing. Aku apa lagi, balik bilik buat blog. Buat punya buat tak dapat-dapat. Selama tiga hari aku buat blog ini. Memakan masa yang agak lama juga blog yang aku buat.Ini kerana internet punya line yang teramat perlahan. Alhamdulillah, akhirnya pada 20/09/2011 jam 5.15 pagi blog aku sudah siap. Sungguh lucu apabila diingatkan kembali. Tapi aku punya blog biasa-biasa saja dan tidak seberapa. Kepada pensyarah BBK 3408, saya ingin memohon maaf kerana blog saya lambat siap dan kepada kawan-kawan sila ikuti blog saya.

FACEBOOK: Keseronokkan atau Kebosanan

Bagi sekelompok masyarakat, dengan adanya facebook dapat memberi suatu keseronokkan dan ada juga yang memberi suatu kebosanan.Bagi saya, facebook kadang kala mendatangkan keseronokkan dan kadang kala mendatangkan kebosanan tetapi lebih kepada keseronokkan kerana dapat mencari kenalan yang lama dan kenalan yang baru.Kepada mereka yang suka facebook, haruslah berfikir juga akan kebaikan dan keburukannya.Jadi, selamat berseronok dengan facebook.

Cukur jambul dan akikah anak saudara sulung

Tanggal 16/09/2011 merupakan hari yang penting dalam hidupku kerana dapat bersama-sama keluarga, sanak saudara dan kenalan untuk meraikan majlis cukur jambul dan akikah anak saudara sulung DARYN HAIRA.Majlis ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan.Kebiasaannya, aku hanya melihat cukur jambul sepupu dan inilah pertama kalinya keluarga aku sendiri yang dapat membuat majlis cukur jambul dan akikah DARYN HAIRA.